Sunday, November 7, 2010

cinta kami

episod 1




waktu subuh kali ini dingin...seolah-olah tidak membenarkan aku bangkit dari katil yang empuk, selimut yang membaluti seolah-olah mengikat aku untuk terus tidur dan bantal kesayangan ku pula terus memujuk aku untuk bersamanya dengan lebih lama.


"kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinngg!!!krrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnng!!"
jam loceng ku yang antik dihadiahkan oleh adikku ketika ulang tahun hari lahirku lantang berbunyi.


"eeeeeeeeeee...bising lah!!diam la sikit..orang nak tidur la..."
marahku pada jam locengku. Tapi aku tidak mematikan jam kerana aku mahu tidur lagi dan tak larat nak matikan walaupun ianya disebelah aku sahaja. aku terlena sebentar dan tiba-tiba fikiranku melayang sebentar. Sekarang sudah pukul berapa? Kenapa houseemate aku semuanya tidak bising macam pagi-pagi yang lain?


"OH MY GOD!!!"
Aku terus bangkit dari tidur dan berlari ke ruang tamu melihat jam dinding. Sebab jam dinding kami lebih tepat waktunya berbanding jam yang lain. Ada diantara kami yang sengaja mengawalkan waktu. 


"dah pukul 9 lah!!!adoooooi...kelas start pukul 9.30..what to do?what to do?what to do?" aku mundar mandir sambil mengetuk bilik Aliya.


"Yaya..?yaya...?" aku membuka pintu bilik sahabatku itu.
Aliya nyenyak tidur. lantas aku terus mengejut dia dengan lembut.

"ya...? bangun..da pukul berapa nie...kelas start pukul 9.30 kan?" kataku. Aliya ni nampak saja lembut tapi kalau siapa ganggu tidurnya pasti dimarah seperti ibu tiri.

"hoooi...engkau igau ek?? kan doktor chan kata hari nie dia audit..mne ade masuk kelas...adoooi...g sambung tido..kite pegi kelas pukul 2...da. da. da. get lost." bebelnya sambil mata masih tertutup. Alahai, sangkaku sudah terlambat rupanya tak teringat kelas batal. 

"sorry disturb your sleep dear."aku keluar sambil menguap. ya rabbi mengantuknya. aku ke tingkap bilikku melihat cuaca diluar. oh patutlah, hari ini hujan lebat sampai pokok dihadapan kedai alat tulis tumbang ditolak dek angin.

lepas mandi aku terus online internet. apa lagi kalo tak FACEBOOK! laman sosial yang sangat fames sekarang dan menjadi bahan bualan setiap umat manusia sekarang (sorry kepada golongan yang tidak ade internet). setelah login, aku terus klik notification. tiada siapa yang update hari nie. yelah mana tak nya, kawan dalam akaun facebook aku hanyalah orang yang aku kenal. kebanyakan mereka adalah sahabat aku dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan sekarang classmate aku di universiti.

tiba-tiba, perutku terbunyi menyatakan aku sangat lapar.heheheh..aku ke dapur untuk mengisi perut yang lapar. aku selokar dapur bujang kami ternyata kosong walaupun roti kosong. adoi..malasnya nak turun untuk beli sarapan. tapi sudah jam berapa. masih ada jual sarapan pada waktu sebegini?
alah! beli saja roti dan kaya. jimat sikit.adooi..nak siap plak...malasnya..nak pakai tudung lagi...adoooooi...perutku..engkau punye pasal aku jadi hambamu sahaja...nak diisi setiap waktu...

aku mencapai tanganku ke telefon bimbitku. ada dua meseg yang tidak dibaca lagi. atikah bekas roomate ku ketika matrikulasi,

"salam..dear..kiteorang nak buat reunion nie..kat tasik kat depan mapley zubir yang selalu kite lepak tuh...jam 8.30 malam nie tau (aowri lambat bg tau)..our menu is barbeque until midnight...datang la ek..mereka yang join sangat berharap dikau join sekali..daaa~~"

ada reunion hari ini. wah tak sabar rasanya nak bertemu semula sahabat-sahabat matrikulasi. kehidupan disana ternyata indah walaupun penuh dengan stress. berbunga hatiku bak bunga kembang pagi hari.

seterusnya, azlan bekas teman lelakiku..sepatutnya bekas teman tapi mesra kerana kami tak pernah declare yang kami bercinta

"hai comel...u free tak mlm nie? i nak ajak u kluar la..dinner kat mne2 tmpt yg u suka..as u wish..i don mind..plez..juz tonite.."

alahai..yang ini pun tak paham bahasa ke? sudah lah bercinta dengan adik angkat aku tanpa memberitahu aku malah bermain mata dengan aku. dan sekarang diajaknya pula makan malam..adoooi..sowri..i have a reunion got to go.

nak balas meseg kredit sudah habis. biarkan saja lah. bukan mereka tidak biasa dengan perangai aku yang kedekut nak tambah nilai kredit telefonku. yang penting sekarang, aku mahu bersiap ke kelas supaya tidak lewat lagi dan tidak sesak untuk parking my little baby boy, motor novo yahama hadiah dari mama kerana aku berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti awam.

"malam nie nak pakai apa ek??"aku bercakap dengan pantulan aku dicermin sambil membetulkan tudung.


"malam nie kite pikir ek..sekarang nie...turun pegi beli makan..so anak mummy tak lapa dah."kataku sendiri. anak mummy adalah perut aku yang sememangnya tak tahan dengan keadaan lapar. pernah sekali ketika aku tingkatan 3, aku menjalani kem kepimpinan di kawasan pergunungan dan aku pengsan kerana terlalu lapar walhal aku baru saja makan sarapan. mungkin terlalu banyak tenaga aku gunakan ketika itu.


aku keluar dari rumah sewaku yang berada diatas kedai bersahaja pakaianku. janji selesa itu prinsipku dalam soal fesyen. tidak seperti sesetengah gadis, suka berhias walaupun keluar melepak di mamak.


"wanaaaaa!...belikan...aku pun lapar nie" jerit aliya dari rumah kami yang berada diatas. terkejut aku dibuatnya. malunya aku hanya tuhan saja yang tahu tapi perkara ini selalu dilakukan oleh jiran tetangga kami juga. kerananya perkara ini adalah perkara biasa.


"yolah..pape je ek?" balasku sambil memakai topi kelendar dan mengenakan selipar jepun kesayanganku berwarna jingga dari banana peel.


"yeeeeeeeeeeeeee..."aliya balas.







P/S : saya tak reti sangat dalam penulisan melayu berbahasakan baku...so enjoy..

No comments:

Post a Comment